Sunday, February 27, 2011

Penyembelihan Dan Pemerosesan Moden Lembu

Kalau dibandingkan dengan tempat aku tinggal di Kota Bharu,kelantan, penyembelihan  lembu masih dijalankan secara tradisional ,ia itu lembu direbahkan ke lantai (sama ada konkrit atau atas rumput/tanah)dan disitu jugalah daging itu dilapah dan diangkat dengan "wheelbarrow" /belakang kereta ke tempat jualan daging >Sekali nampak memang ini tidak higinik ,kotor ,kadang kadang rumput ,pasir masih melekat pada karkas atau daging. Tidak boleh dibandingkan sekali dengan cara moden . Sikap orang melayu islam kita mengenai sembelihan ini masih ketinggalan zaman  walaupun banyak usaha dibuat oleh kerajaan untuk mengubah cara mereka itu ,bagi mereka mungkin tidak apa kotor, asalkan disembelih mengikut hukum islam. 



Sembelih Ayam TIDAK Mengikut HukumSyarak

Sembelihan ayam tidak mengikut syarak semakin berleluasa dan masyarakat islam serta pihak berkuasa kerajaan mungkin tidak berupaya untuk mengambil tindakannya kesemuanya ,kerana banyak telah dilakukan secara tersembunyi. Perkara ini banyak seringkali dedahkan oleh media massa ,apbila perkara ini berlaku maka  berduyun duyun lah orang orang pihak berkuasa ke premis tersebut dengan amaran dan tindakan susulannya. Yang menjadi persoalan nya kenapa ini harus berlaku ?di sebuah negara dimana majoriti ada lah orang islam,ada kah kita tidak berkuasa lagi   atau kemampuan kita terhad. Akibat nya masyarakat kita hari ini dideahkan dengan makanan syubahat atau benda haram,mungkin sebab itu lah generasi sekarang amat "liat" untuk menjalnkan ibadat ,mengikut seorang penceramah bebas hanya 20% umat islam dinegara ini menunaikan solat 5 waktu .Ada kah benda2 haram ini telah menjadi darah daging generasi kita ,menjadikan kita semakin lemah ,rapuh dan keras hatinya.   

Hukum Anjing Mengikut Syarak.

Kita telah melihat pelbagai reaksi masyarakat islam mengenai anjing .Binatang ini sejak dahulu kala diguna manusia sebagai haiwan kesayangan ,teman pemburu ,mengawal premis,membantu pihak penguatkuasa dalam mengesan dadah dan macam macam lagi. Bagi seorang doktor veterinar anjing ada lah pelanggan dan pesakit nya, terpaksa dibelai  dan dirawat setiap masa.  Bagi orang orang islam kehadiran anjing ini diperkarangan restoran , masjid dan tempat ibadat menjadi satu isu yang sensitiv sekali, pantang orang melayu melihat anjing akan terus dilempar dengan batu .  Kalau baca dari sebuah kitab mengenai seorang wanita pelacur masuk surga kerana memberi minum kepada seekro anjing yang kehausan .  Mari lah dengan mendengar ceramah lanjut mengenai anjing ini....

Khinzir Dan Sensitiviti Umat Islam


Jika melihat kpd rajah diatas hampir kesemua komponen dari khinzir itu diguna sepenuhnya untuk diproses bukan sahaja bekaln protin kepada orang bukan islam tetapi  menjadi sebagai bahan untuk kegunaan harian seperti ubat,alat kosmetik,berus,makanan manusia dan macam macam lagi. Apa kah hukum hakam nya ? mari lah kita dengar ceramah dari al ustaz ini .........